Sesetengah jenis katak boleh mengubah suai warna kulit bergantung kepada perubahan cahaya, kelembapan, suhu malah perasaan. Perubahan warna kulit itu untuk melindungi diri daripada haiwan pemangsa.
Ishhh....kalau manusia leh tukar-tukar warna kulit camne la agaknya eeee...
Untuk melepaskan diri dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari (jari anda la...) dengan sekuat hati. Seeloknya dengan jari tangan la. Tapi kalau bleh guna jari kaki, it's ok... Buaya akan melepaskan anda dengan serta merta.
Tak percaya?? Anda perlu cuba dulu jika tak percaya. Ada berani??
Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan @ binatang yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk dijadikan makanan.
Tu cuma kira ayam @ binatang. Tak campur lagi "ayam". Kat Lorong Haji Taib tu berlambak.....betul tak (sapa yang angguk tu biasa la gi sana kann...)
Pesawat yang membawa bom atom pertama digugurkan di Hiroshima, Jepun pada tahun 1945 diberi nama Enola Gay sempena nama juruterbang yang membawa pesawat itu.
David Breashears dari Massachusetts, Amerika Syarikat menjadi pendaki pertama sampai ke puncak Gunung Everest pada ketinggian 9,676 meter dengan membawa peralatan untuk penggambaran paling berat.