Custom Search

Friday, October 10, 2008

Coklat boleh bunuh anjing???






Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? Benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

Power gak coklat ni kannnn...

Wednesday, September 10, 2008

Itik bunyi kuek?


Bunyi 'kuek' yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

Anda tahu mengapa?

Sunday, August 10, 2008

Zip zip zip

Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida
Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia
yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..



Ehemm...pastikan lepas bukak zip tu, korang tutup balik eeee....

Wednesday, July 23, 2008

Binatang apa paling gatal?

Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa yang paling gatal?

Ada ke?

Tau jawapn dia? Binatang Apa?

Tak tau? Nak tau jawapan dia?

Tgk bawah ni...














KangGARU!!!!

Muhahahahahahahhahaha!!!!

Sunday, July 13, 2008

Dalam otak ada apa?


Sebanyak 80% daripada otak kita terdiri daripada air.

Hmm....pelik kann....eh..pelik ke?

Monday, June 23, 2008

Apa ada dalam rambut orang bijak?



Orang bijak mempunyai kandungan zink yang lebih tinggi daripada tembaga dalam helaian rambut...

Anda bagaimana???

Friday, June 13, 2008

Bahagian mana tulang manusia paling banyak?


Separuh daripada tulang dalam badan manusia terdapat di pergelangan tangan, buku lali, tangan dan kaki.

Thursday, May 1, 2008

Bila peta dihasilkan?



Seni membuat peta wujud lebih awal berbanding seni tulisan. Peta tertua di dunia disimpan di Muzium Semitik, Harvard, Amerika Syarikat. Ia dihasilkan dari tanah liat yang dibuat oleh masyarakat Babilonia pada tahun 2500 Sebelum Masihi.

Ni dah tahap super super super veteran ni kann...

Tuesday, April 1, 2008

Lembu buta warna?




Lembu merupakan haiwan yang buta warna. Ia akan mengejar apa sahaja yang dikibarkan di depan matanya oleh Matador samada kain itu berwarna merah @ kuning.

Laaa...ye ke...cissssss!!!!

Saturday, March 1, 2008

Kenapa kita menjerit?




Kita akan menjerit serta merta apabila terkena benda panas atau terluka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit kepada otak bergerak pada kadar kelajuan 120 meter sesaat.

Mak aiii...laju tu!!!