Custom Search

Monday, July 30, 2007

Obor-obor Yang Cair


Percaya atau tidak, 95 peratus daripada badan obor-obor adalah air.

Perghhhh.....banyaknya air dalam badan dia. Kalau camtu sure obor-obor takyah minum dah....ngeh ngeh ngehhhh....

Thursday, July 26, 2007

Bapak Babun Yang Ganas





Seekor babun jantan mampu membunuh seekor harimau bintang.

Tu la, jangan pandang pada rupa.........

Tuesday, July 24, 2007

Merkuri Tu Apa?


Pada tahun 1990, racun merkuri yang berbahaya pernah menjadi antara bahan kandungan cat lateks.

Ish ish ish.....sukati je diorang ni main-main ngan racun. Nasib baik cat tu takleh makan!

Sunday, July 22, 2007

Sapa Dia Paparazzi?


Dalam bahasa Inggeris dan Itali, jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960.

Dalam Bahasa Melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razi juga boleh dikenali dengan nama papa Razi. Dan ayah kepada seorang budak bernama Ya pula dipanggil papa Ya......muhahahahaha!!!

Besi Yang Berani


Magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya.

Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet. Kecuali orang tu memang boleh menarik besi atau kereta dengan badannya.....

Saturday, July 21, 2007

Gunung Berapi Yang "Panas"


Gunung berapi yang berusia 300 tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian aku, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

Nape, tak percaye?

Beza Kaki Kanan Dengan Kaki Kiri


Kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama.

Aha, cuba korang belek kaki korang sekarang. Sama tak dengan gambar kat atas tu?

Sapa Orang Utan?

Orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan. Huahuahuahuahua!!!!

Putusnya Ekor Cicak


Cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang ia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

Betul gak kannn.....eh, tapi CicakMan camne plak?

Kereta Kebal VS Tok Guru Ilmu Kebal


Antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, akhlak kereta kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

Insaflah.......

Burung Ada Kuasa Psikik?


Burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya, tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya....hahaha!!!

Friday, July 20, 2007

Tikus Mondok Si Penggali


Tikus mondok mampu menggali lubang sedalam 91 meter dalam tempoh satu malam sahaja.Jika 5 malam, berapa meter? Kalau 10 malam, 20 malam....berapa??? Jawapannya senang saja......


Anda kiralah sendiri!!!

Ikan Haruan Yang Sensitif





Seekor ikan haruan boleh mengesan 27,000 jenis bau sekaligus, menjadikannya haiwan yang mempunyai deria bau paling sensitif.

Camne tu? Kalau kita tengok betul-betul, lubang hidung dia kecik je kannn....